Not your preferred language? Here to Choose your language.

/ General / Dia.... Aydenku

Dia.... Aydenku Book Dia.... Aydenku Book Original

Dia.... Aydenku

General 1 Chapters 12.2K Views

Author: denash_

Not enough ratings

About Table of Contents

Synopsis

Orang kata, seorang gadis biasa berkahwin dengan putera raja hanyalah dongengan zaman Cinderella sahaja. Ada juga yang kata, kisah itu wujud di dalam novel cinta yang mana penulis berangan nak kahwin dengan orang kaya, tetapi, hajatnya tidak kesampaian.

Namun, kenyataan itu berjaya dibidas apabila Neil Ayden Raeqal datang melamar Nureen Raisyha.

"I nak, you kahwin dengan I". - Neil Ayden Raeqal

Bukan, ini bukan kahwin paksa. Kahwin paksakah namanya jika seorang melamar, seorang lagi menerima, tetapi bukan atas dasar cinta?

Memang Nureen Raisyha minat terlampau minat dekat anak korporat yang kaya-raya itu. Bukan kerana harta, tetapi lebih tertarik kepada aura yang lelaki itu bawa bersama.

Tetapi, minat itu sekadar terhenti di situ. Begitu sukar dia untuk menerima lamaran lelaki itu kerana perasaannya hanyalah terbatas pada minat, bukan cinta.

Namun, disebabkan desakan Neil Ayden Raeqal dan dibawa sekali ibu bapa lelaki itu dalam menjadikan dia milik seorang Neil Ayden Raeqal, akhirnya, Nureen Raisyha terpaksa menerima lamaran itu.

"Apa sebenarnya sebab awak nak sangat kahwin dengan saya?" - Nureen Raisyha

"Secret". - Neil Ayden Raeqal

Neil Ayden Raeqal tidak pernah memberitahu sebab-musabab dia mengahwini gadis itu. Apabila disoal, dia memilih untuk berdiam.

Sehinggalah suatu hari, Nureen Raisyha sendiri yang dapat tahu tentang motif lelaki itu mengahwininya. Benar-benar merentap separuh jiwanya kerana dia mulai sedar bahawa hari demi hari dia mulai mencintai suaminya itu.

"Saya harap, saya adalah dia. Yang mencintai dan dicintai". - Nureen Raisyha

Konflik semakin bertambah apabila seorang demi seorang insan dari masa lalu datang menemui pasangan itu sehingga mampu menggoyahkan rumahtangga yang hampir menemui titik kebahagiaan.

Apakah kesudahan kisah ini? Akankah benar cinta suci Cinderella dan Putera Raja itu wujud di dunia nyata? Jika kahwin, memang ya. Jika cinta? Adakah mungkin semuanya hanya hidup di dunia fantasi sahaja?

Weekly Power Status

Rank -- Power Ranking
Stone -- Power stone

You May Also Like

Write a review Reading Status: C0
Fail to post. Please try again
  • Writing Quality
  • Stability of Updates
  • Story Development
  • Character Design
  • World Background

The total score 0.0

Review posted successfully! Read more reviews

Author denash_